Saturday, 3 November 2018

Daging Sembelihan Umum

Terdapat daging yang diragukan tentang sembelihannya. Apakah orang Islam yang menyembelihnya atau bukan. Masalah ini kita berpegang kepada asalnya. Kalau daging itu dari binatang yang halal, maka bolehlah dimakan dengan bacaan bismillahhirrahmaannirrahiim.

Sabda Rasulullah s.a.w.:

Maksudnya:
Dari Aisyah r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda: Ada suatu kaum membawa daging kepada kami yang kami tidak ketahui, apakah mereka menyebut nama Allah (waktu menyembelihnya) atau tidak? Beliau menjawab: "Sebutlah nama Allah padanya dan makanlah".

Perkara-perkara Sunat Dalam Sembelihan

1. Menajamkan alat sembelih.
2. Membaca Bismillah dan selawat ke atas Nabi s.a.w.
3. Menghadapkan diri atau leher binatang sembelihan ke kiblat.
4. Menyembelih leher bahagian atas pada binatang yang pendek lehernya seperti lembu, ayam dan seumpamanya.
5. Menyembelih leher bahagian bawah pada binatang yang panjang lehernya seperti angsa, unta dan seumpamanya supaya ia segera mati.

Kita hendaklah memberi kasih sayang kepada binatang. Rasulullah s.a.w. bersabda:

Maksudnya:
Dari Syaddad bi Aus r.a. dari Rasulullah s.a.w. berdabda: Sesungguhnya Allah telah menentukan kebaikan atas segala sesuatu. Apabila kamu menbunuh, maka lakukanlah sebaik mungkin. Apabila kamu menyembelih, maka juga lakukanlah sebaik mungkin. Dan hendaklah salah seorang kamu menajamkan pisau yang akan digunakan untuk menyembelih. Sekali lagi hendaklah kamu lakukan sebaik mungkin. (Riwayat Muslim)

Anak Dalam Kandungan

Anak dalam kandungan tidak perlu disembelih jika ia mati dengan sembelihan ibunya, jika anak itu masih hidup maka wajiblah disembelih.

Syarat alat-alat Menyembelih

Syarat alat-alat menyembelih ialah sesuatu yang tajam yang dapat melukai seperti besi, emas, tembaga, buluh, kaca dan seumpamanya.

Tidak sah sembelihan dengan menggunakan tulang, kuku dan gigi.

Syarat Binatang Yang Disembelih

Syarat-syarat binatang yang disembelih ialah:
1. Binatang darat yang halal dimakan. Binatang (hidupan air) halal dimakan dengan tidak disembelih.
2. Hidup mustaghirah pada permulaan sembelihan. Hidup mustaghirah ialah keadaan binatang itu masih bernyawa dan melihat serta bergerak dalam keadaan biasa dengan ikhtiarnya.

Syarat Orang Yang Menyembelih

Syarat-syarat orang yang menyembelih ialah:
1. Islam, iaitu halal sembelihan lelaki, perempuan, baligh dan kanak-kanak.
2. Ahli Kitab, iaitu orang yang berpegang kepada kitab Taurat dan Injil yang asal. 

Syarat Sembelih

Syarat sembelih pada binatang yang dapat disembelih pada leher ada dua:
1. Memutuskan halqum iaitu urat tempat bernafas.
2. Memutuskan mariq iaitu urat tempat makan dan saluran darah.

Catatan: Bagi haiwan yang dalam keadaan yang tidak boleh disembelih pada lehernya maka bolehlah disembelih pada mana-mana bahagian belakangnya. 

Rukun Sembelihan

Rukun sembelihan ada empat perkara:

1. Sembelih

2. Orang yang menyembelih

3. Binatang yang disembelih

4. Alat menyembelih

Maksud Sembelihan

Sembelihan ialah menyembelih binatang yang halal dimakan dengan menggunakan benda-benda tajam daripada besi, emas, perak, tembaga, batu, kaca, kayu dan selain daripada kuku, tulang dan gigi.